Maaf jika aku tak sempurna...wahh..ayat lain macam je kan..hehe..Sebenarnya hari ini aku nak kongsi dengan korang semua apa aktiviti aku masa cuti semester nie...tarraa...marathon novel..itulah aktiviti aku untuk cuti 2 minggu ini...pelbagai novel aku baca..semua sangat-sangat hebat belaka..tapi yang paling best adalah novel "Maaf Jika Aku Tak Sempurna " penulisnya "Achik Lana "...Ceritanya best sangat2...sedih..tapi mungkin untuk bawah umur tak sesuai kot..sebab terlalu2 romantik sangat novel nie..dan novelnya tersangatla tebal...thankz MHO sebab belikan..hehe..ceritanya lebih kurang macam ini...korang baca la ea...
" Melina gadis yang gemar keluar malam untuk berpesta di kelab bersama rakan-rakan. Keadaannya yang semakin teruk ditelan pelukan syaitan membuatkan ibu bapanya risau dengan keadaannya. Kepulangan Luqman, anak kawan baik bapa Melina dilihat sebagai jalan untuk menyelamatkan Melina yang semakin hanyut. Luqman dilantik sbg driver yang dibayar gaji yang sangat tinggi untuk mengawasi gerak geri Melina. Walaupun lemas dengan kehadiran Luqman, terselit juga rasa bangga kerana dapat driver hensem.
Datuk Zakaria, bapa Melina terlibat dalam sebuah tragedi lalu meninggal dunia, tapi dia sempat meninggalkan amanat penting untuk ditunaikan oleh Melina dan Luqman. Amanat yang tak dapat ditolak. Kisah seterusnya tentu korang boleh teka, :) berlakulah perkahwinan dan proses perkenalan sebenar antara dua watak yang saling membenci itu. Keadaan negatif yang terlalu banyak akhirnya bertindak balas secara semula jadi menjadi positif, namun sejarah silam Melina banyak mengundang keraguan di hati Luqman. Manakala kehadiran Sarah yang sudah lama menaruh hati terhadap Luqman menjentik rasa cemburu di hati Melina. "
Kalau nak tau lebih lanjut lagi..cepat-cepat ke kedai buku berhampiran rumah korang ea...jangan berlari
sampai tak tengok kiri kanan masa melintas taw..Okeyh..selamat membaca korang... : )